
Menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan (KPM):
KPM telah mengenal pasti sebanyak 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor yang akan diberi kebenaran untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) pada 26 Mei hingga 28 Mei 2025 bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.
Cadangan kebenaran pelaksanaan PDPR bagi sekolah-sekolah terlibat mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46. Ia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid di sekolah-sekolah yang terlibat tidak terjejas.
Ibu bapa, penjaga, murid, guru dan warga sekolah terlibat dinasihatkan untuk merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PDPR.




SUMBER: