Makluman: Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 30 Januari 2025 Hingga 5 Februari 2025

TULAR:
785

Menurut kenyataan media Kementerian Kewangan (MOF):

Kerajaan menetapkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pada RM3.18 seliter. Harga tersebut masih kekal rendah berbanding harga diesel yang diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu RM3.35 seliter mahupun harga diesel di pasaran dunia kini.

Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 30 Januari 2025 hingga 5 Februari 2025 adalah ditetapkan seperti berikut:

(i) harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.43 seliter;

(ii) harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter,

(ii) harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM3.13 seliter kepada RM3.18 seliter; dan

(iv) harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOF

Instagram Rasmi MOF

X Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI