Penjelasan Berkaitan Status Halal Produk Keluaran Mixue Malaysia

TULAR:
4897

Menurut Bahagian Hab Halal, (JAKIM):

JAKIM melalui Bahagian Hab Halal telah berkongsi penjelasan daripada Mixue Malaysia berkenaan isu plastik sampah yang digunakan di cawangan mereka. Menurut kenyataan tersebut, plastik sampah yang dibeli melalui platform dalam talian bagi kegunaan cawangan Mixue didapati mempunyai label tulisan yang tidak sesuai, yang boleh menimbulkan keraguan walaupun ia hanya digunakan untuk pembungkusan sampah dan tidak terlibat dalam penyediaan makanan. Mixue Malaysia menyatakan bahawa mereka mengambil isu ini dengan sangat serius.

Mixue adalah sebuah syarikat yang bertanggungjawab, dan telah mengambil tindakan berikut:

  1. Memohon pelaksanaan proses sertu (pembersihan mengikut hukum syarak) di cawangan terlibat bagi memastikan kebersihan dan pematuhan penuh terhadap standard halal.
  2. Menghentikan penggunaan plastik tersebut serta mengkaji semula prosedur pembelian untuk memastikan perkara ini tidak berulang.

MIXUE Malaysia turut menegaskan bahawa semua bahan mentah yang digunakan dalam produk mereka adalah daripada sumber yang halal dan memiliki sijil halal yang sah. Mereka kekal komited untuk memastikan kebersihan, kualiti, dan pematuhan halal di semua cawangan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal, JAKIM

Facebook Rasmi MIXUE Malaysia

Instagram Rasmi MIXUE Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI