
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):
Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga 1 Februari 2025. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat dan berterusan di Sarawak.
Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengemaskini Amaran Hujan Berterusan (Waspada) melibatkan negeri Sarawak berkuat kuasa sehingga 1 Februari 2025.
Manakala, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 31 Januari 2025.
SUMBER: