
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):
Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka berlaku pada 4 sehingga 7 Februari 2025. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat dan berterusan di Sabah dan Sarawak.
Sehubungan itu, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan telah dikeluarkan dan berkuat kuasa pada 4 sehingga 7 Februari 2025.
SUMBER: