Makluman: Sesi Libat Urus Antara ST, Pemain Industri & Komuniti Perniagaan Akan Dijalankan Bagi Tujuan Perincian Jadual Tarif Elektrik

TULAR:
24

Menurut kenyataan media Suruhanjaya Tenaga (ST):

ST merujuk kepada kenyataan YAB Perdana Menteri kepada Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) dan akan menyegerakan sesi libat urus bersama pemain industri dan komuniti peniagaan bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan berkaitan jadual tarif elektrik ini.

Sesi libat urus ini bertujuan memperincikan lebih lanjut berkenaan proses pemuktamadan jadual tarif yang mengambil kira kepentingan serta respon daripada semua pihak termasuk pemain industri dan komuniti perniagaan. Ia juga diadakan bagi memberi peluang kepada pemain industri dan komuniti perniagaan untuk berkongsi serta mengetengahkan sebarang pandangan dan pendapat berkenaan jadual tarif elektrik yang bakal dimuktamadkan dan diumumkan oleh Kerajaan kelak.

Demi kesejahteraan rakyat, Kerajaan akan memastikan penentuan jadual tarif elektrik baharu tidak akan membebankan pengguna domestik yang memerlukan serta mengambil kira semua sudut ekonomi negara, selaras dengan jaminan bahawa majoriti rakyat tidak akan terjejas. Jadual tarif elektrik juga akan mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar dan lebih kompetitif di samping mengekalkan keseimbangan trilema tenaga (security, sustainability and affordability).

SUMBER:

Facebook Rasmi ST

X Rasmi ST

Instagram Rasmi ST


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI