Waspada Luruan Monsun Dijangka Berterusan Di Sabah Dan Sarawak Sehingga 9 Februari 2025

TULAR:
50

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):

Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga 9 Februari 2025. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat dan berterusan di Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan (Buruk & Waspada) melibatkan Sabah dan Sarawak berkuat kuasa sehingga 8 Februari 2025.

Manakala, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan telah dikemas kini berkuat kuasa sehingga 9 Februari 2025.

SUMBER:

Facebook Rasmi MET

X Rasmi MET

Instagram Rasmi MET


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI