
Menurut kenyataan media Kementerian Kewangan (MOF):
Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 6 Februari 2025 hingga 12 Februari 2025 adalah ditetapkan seperti berikut:
i. Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.43 seliter;
ii. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;
iii. Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM3.18 seliter; dan
iv. Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
SUMBER: