Malaysia Abai Alam Sekitar Dalam Perusahaan Kelapa Sawit?

TULAR:
480

PENJELASAN :

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi memperjelaskan dakwaan bahawa Malaysia telah mengabaikan alam sekitar dalam perusahaan kelapa sawit, yang mana telah menyebabkan Kesatuan Eropah (EU) berhasrat mahu memboikot import minyak kelapa sawit dari negara ini, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: theguardian.com

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, Malaysia tidak pernah mengabaikan isu berkaitan alam sekitar, malah memulihara sumber itu dengan baik selama ini. “Saya beritahu mereka (EU), alam sekitar dan orang utan adalah penting. Malaysia juga jaga orang utan, malah kita juga mempunyai Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok di Sabah.

“Pada masa sama, saya tegaskan, kita juga hendak jaga warga kampung yang mengusahakan tanaman kelapa sawit yang melibatkan 650,000 pekebun kecil sawit di seluruh negara. Ia sama penting dengan alam sekitar dan kita nak jaga semuanya.”

Beliau turut menambah, resolusi Kesatuan Eropah (EU) memboikot minyak kelapa sawit telah dibuat dengan hanya melihat isu alam sekitar dan kelestarian semata-mata dan kebanyakan mereka hanya memperoleh banyak maklumat dari sumber internet yang memberikan gambaran tidak benar, seperti pihak yang terlibat dalam industri tanaman kelapa sawit merupakan syarikat besar yang membakar hutan.

SUMBER:

Facebook Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI