Kemalangan Jalan Raya Di Plaza Tol Akibat Pemandu Berebut Laluan?

TULAR:
884

PENJELASAN :

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan bahawa satu kemalangan melibatkan dua kenderaan di lorong Touch N’ Go di Plaza Tol Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) terjadi apabila kedua-dua pemandu kenderaan terbabit telah berebut laluan bagi membayar tol, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, kejadian kemalangan kira-kira pukul 1.30 petang di lorong Touch N’ Go Plaza Tol Besraya itu dipercayai berlaku akibat masalah brek pada Perodua Kancil,  menyebabkan ia terbabas dan menghimpit Proton Iswara yang berada di lorong berkenaan.

Namun, katanya lagi, kedua-dua mangsa dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

SUMBER:

Facebook Polis Diraja Malaysia

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI