SPRM Ingin Wujudkan Indeks Persepsi Rasuah Sendiri?

TULAR:
661

PENJELASAN :

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperjelaskan dakwaan bahawa pihak SPRM ingin mewujudkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) sendiri.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, beliau sebenarnya mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan badan bebas bagi mengkaji indeks rasuah dan mengenal pasti prestasi dan situasi rasuah rasuah negara secara terperinci.

“Kita mengharapkan badan yang melaksanakan itu (indeks rasuah di peringkat nasional) bukan SPRM tetapi badan bebas, sebagai contoh, pihak universiti atau badan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana pihak yang mempunyai kredibiliti.”

Tambahnya, beliau berharap rakyat tidak menilainya hanya daripada sudut persepsi pakar antarabangsa semata-mata, sebaliknya turut melihat kepada aktiviti dan tindakan sudah dilaksanakan dalam usaha membanteras rasuah di negara ini, kerana kedudukan Malaysia dalam CPI 2017 itu dibuat berdasarkan persepsi daripada ekspatriat luar negara dan bukannya oleh masyarakat negara ini.

SUMBER:

Berita Harian

New Straits Times


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI