Kereta Peronda Polis Diserang Perusuh Di Bandar Perda, Pulau Pinang?

TULAR:
1565

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa sebuah kereta peronda polis telah diserang sekumpulan perusuh di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Polis menafikan berlaku insiden anggotanya daripada Unit Kereta Peronda (MPV) diserang oleh sekumpulan perusuh, sebaliknya ia ia hanya satu latihan yang dilakukan anggotanya bagi menghadapi pilihan raya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata,insiden dan kekacauan yang ditularkan itu hanyalah satu latihan yang diadakan pada 14 Disember 2017 di Jalan Perda Barat, melibatkan latihan insiden bas disyaki membawa penghuni hantu ditahan oleh sekumpulan samseng. Tujuan latihan ini dijalankan untuk memantapkan persediaan pasukan polis menghadapi PRU yang akan datang.

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI