PENJELASAN:
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memperjelaskan dakwaaan bahawa pihaknya bercadang mahu membina terminal ketiga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam masa lima tahun, sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menurut MAHB, pembinaan terminal baharu atau KLIA3 tidak akan dibina dalam tempoh lima tahun seperti yang disiarkan media, sebaliknya tempoh itu merujuk kepada pengembangan terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), termasuk proses pengubahsuaian dan naik taraf sistem.
Katanya, tiada perancangan segera untuk membina terminal ketiga di KLIA, dan ketika ini, kedua-dua KLIA mampu menampung 75 juta penumpang setahun dan sehingga 58.6 juta penumpang sudah dikendalikan tahun lalu. “Ini bermakna, lapangan terbang ini secara keseluruhan masih mempunyai kapasiti mencukupi untuk menampung pertumbuhan trafik pada masa depan.”
Bagaimanapun tambahnya, terminal utama KLIA yang berusia 20 tahun sudah menghampiri kapasiti 30 juta penumpang. Sehubungan itu, katanya, rancangan sudah dilaksanakan bagi menaiktaraf dan mengembangkan terminal itu bagi memastikan ia mampu menampung tambahan 15 hingga 20 juta penumpang lagi, dengan penambahbaikan ke atas kemudahan seperti sistem pengendalian bagasi dan Aerotrain.
SUMBER:
Malaysia Airports Holding Berhad