Bas Amphicoach Kerajaan Terengganu Rosak Dan Tidak Lagi Berfungsi?

TULAR:
640

PENJELASAN: 

Menteri Besar Terengganu memperjelaskan dakwaaan bahawa bas dua alam amphicoach milik kerajaan Terengganu, kini rosak dan tidak lagi berfungsi.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut  Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, dakwaan mengenai bas amphicoach bernilai RM3 juta kini rosak adalah tidak benar, sebaliknya bas tersebut sedang dalam proses ‘menyelamat’ akibat kerosakan kecil yang dialami selepas beliau memandu uji sendiri bas berkenaan di Sungai Terengganu.

Menurutnya, beliau mengambil risiko memandu uji bas itu sendiri bagi menilai tahap keselamatan dan secara tidak sengaja hos bagi menghubungkan blower (tekanan udara/gas) bas itu tercabut kerana cara pemanduannya tidak betul.

“Bila dah berlaku keadaan (hos untuk blower tercabut), saya minta supaya jangan pasang semula, saya nak lihat kaedah operasi menyelamat berlaku. Jadi. tahniah diucapkan kepada pasukan menyelamat kita kerana operasi menyelamat berlaku dalam tempoh 10 minit.”

SUMBER:

Sinar Harian

Astro Awani

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI