Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) Adalah Laporan Senarai Hitam?

TULAR:
642

PENJELASAN:

Pengarah Jabatan Pemantauan dan Pengawasan Kewangan Bank Negara Malaysia, Qaiser Iskandar Anwarudin memperjelaskan dakwaan bahawa Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) adalah laporan senarai hitam sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Pengarah Jabatan Pemantauan dan Pengawasan Kewangan Bank Negara Malaysia, Qaiser Iskandar Anwarudin sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) bukan laporan senarai hitam, sebaliknya ia menyediakan maklumat positif dan negatif status kewangan peminjam.Malah, ia juga tidak memberikan apa-apa penilaian terhadap status kredit atau kewangan peminjam.

Beliau berkata CCRIS adalah laporan yang memaparkan rekod pembiayaan dan pembayaran balik peminjam dengan peserta institusi kewangan bagi tempoh 12 bulan. Bagi menggalakkan orang ramai mengakses laporan CCRIS, bank pusat itu memperkenalkan eCCRIS pada 19 Januari 2018, yang mana orang ramai boleh mengakses laporan itu secara dalam talian menerusi lawan web eCCRIS.

SUMBER : 

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI