Pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Di Sekolah Lemah?

TULAR:
560

PENJELASAN:

Kementerian Pendidikan memperjelaskan dakwaan bahawa pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah lemah, berikutan terdapat masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak miskin bandar sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : FMT

Menteri Pendidkan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, menyelar dakwaan bahawa pelaksanaan RMT di sekolah lemah, berikutan terdapat masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak miskin bandar

Menurut beliau, setakat ini pihak kementerian tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu selain kementerian sentiasa memastikan kebajikan pelajar terutamanya daripada golongan miskin terbela.

“Guru-guru kelas juga peka kepada masalah pelajar, kalau pelajar mereka tidak makan, guru-guru akan tahu dan tidak akan membiarkan perkara itu berlaku. Sepatutnya buat kajian berapa banyak sekolah yang dapat RMT ini buatlah ‘sampling’ (persampelan) sekurang-kurangnya lima atau enam buah sekolah yang dikatakan miskin itu lepas itu baharu buat komen.”

SUMBER: 

Utusan Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI