PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa Malaysia bakal menjadi sasaran pengganas ketika perayaan Krismas pada 15 Disember.
SEBENARNYA :
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan khabar angin bahawa Malaysia menjadi sasaran kumpulan pengganas yang akan melakukan serangan khususnya semasa perayaan Krismas.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), ACP Datin Asmawati Ahmad berkata, khabar angin itu yang tersebar melalui media sosial seperti WhatsApp adalah tidak benar.
SUMBER :
Portal Rasmi Polis DiRaja Malaysia