Mavcom Menjalankan Ujian Teknikal Pesawat Tinjau, DA424M-NG Diamond?

TULAR:
332
Mavcom

PALSU :

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) memperjelaskan dakwaan bahawa suruhanjaya berkenaan terlibat dengan menjalankan ujian teknikal terhadap pesawat tinjau, DA424M-NG Diamond yang melibatkan Jabatan Perhutanan Sarawak (JHS) sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA :

Mavcom menafikan penglibatan dengan kontroversi terbaru melibatkan pesawat tinjau, DA424M-NG Diamond bernilai RM35 juta di Sarawak.

Mavcom dalam satu kenyataan menegaskan, laporan berita yang menyebut pihaknya sedang menjalankan ujian teknikal ke atas pesawat ringan khas tersebut adalah tidak benar.

Menurut kenyataan itu, “Mavcom tidak pernah mempunyai sebarang komunikasi dengan Jabatan Perhutanan Sarawak dan kami tidak bertanggungjawab menjalankan ujian teknikal ke atas pesawat itu. Mavcom juga menegaskan urusan teknikal penerbangan tertakluk bawah Akta Penerbangan Awam 1969 yang di luar bidang kuasanya”.

SUMBER : 

Laman Rasmi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia

Sinar Harian

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI