Terdapat Lebihan 20,000 Undi Di Bahagian Parlimen Kubang Kerian, Kelantan?

TULAR:
922

PENJELASAN:

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat lebihan 20,000 undi dikeluarkan di Bahagian Parlimen P.024 Kubang Kerian, Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR):

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin menjelaskan bahawa tiada berlaku sebarang lebihan pengundian di Bahagian Parlimen P.024 Kubang Kerian, Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan yang mendakwa terdapat lebihan 20 ribu kertas undi dikeluarkan.

SPR juga menjelaskan bahawa terdapat kesalahan menaip (‘typing error‘) pada jumlah kertas undi yang dikeluarkan dalam Warta Keputusan PRU14 tersebut yang diwartakan pada 28 Mei 2018. Jumlah sebenar kertas undi yang dikeluarkan bagi Bahagian Pilihan Raya berkenaan pada PRU-14 adalah 64,867 bukannya 84,867 sepertimana yang tercatat.

SUMBER:

Laman Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya

Facebook Rasmi PRU14

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI