SPRM Tidak Ambil Tindakan Terhadap Projek Panel Solar Sekolah-Sekolah Di Sarawak?

TULAR:
1158

PENJELASAN:

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperjelaskan dakwaan bahawa pihak SPRM tidak mengambil sebarang tindakan terhadap projek membekal dan memasang panel tenaga solar kepada 369 buah sekolah di Sarawak yang melibatkan kos sebanyak RM1.25 bilion.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi SPRM:

SPRM ingin menegaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Ingin dimaklumkan bahawa SPRM telah mengambil tindakan proaktif dengan menjalankan siasatan awal terhadap isu tersebut pada awal April 2018 iaitu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 setelah menerima maklumat daripada orang awam.

Pada masa yang sama, SPRM juga telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan dari Kementerian Pendidikan mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan mengikut Akta SPRM 2009.

SUMBER:

Facebook Rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI