Pelantikan Dan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Ke JPN Dan PPD Tanpa Melalui Tatacara Pelantikan Dan Merit Prestasi?

TULAR:
718

PENJELASAN:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperjelaskan laporan berhubung pelantikan dan penempatan pegawai dalam kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang tidak mengikut tatacara perlantikan dan penempatan berdasarkan merit prestasi.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut kenyataan media Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik:

“Saya mengambil maklum akan laporan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan pelantikan dan penempatan pegawai dalam kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang tidak mengikut tatacara perlantikan dan penempatan berdasarkan merit prestasi mereka.

Sehubungan itu, saya telah mengambil satu keputusan bahawa semua pelantikan dan penempatan tersebut dibekukan di peringkat JPN dan PPD seluruh negara berkuatkuasa serta merta sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan.”

SUMBER:

Laman Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan

Twitter Kementerian Pendidikan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI