MARA Tidak Beri Keutamaan Kepada Golongan Berpendapatan Rendah?

TULAR:
371

PENJELASAN :

Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperjelaskan dakwaan bahawa pihaknya tidak memberi keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah.

Sumber gambar: Twitter

Majlis Amanah Rakyat (Mara) menafikan dakwaan bahawa agensi itu tidak memberi keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah.

Menurut kenyataan Mara, agensi itu sentiasa meletakkan golongan B40 dan berpendapatan rendah sebagai salah satu syarat untuk menerima apa jua kemudahan disediakan agensi tersebut.

Bagi pelajar dengan pendapatan ibu bapa kurang daripada RM8 ribu sebulan, golongan tersebut akan diberikan pinjaman meliputi yuran dan elaun sara hidup.

Manakala bagi pelajar dengan pendapatan ibu bapa RM15 ribu ke bawah, Mara berkata mereka akan diberikan yuran atau elaun sara hidup sahaja.

Selain itu, menurut Mara, syarat lain yang perlu diambil kira ialah pencapaian akademik, bebas penyakit kronik atau berjangkit, tidak menerima bantuan atau tajaan kewangan dari mana-mana agensi serta pemohon mestilah warganegara dan Bumiputera.

SUMBER: 

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI