Kementerian Pertanian Dan FAMA Terlibat Dalam Penganjuran Program Jualan Harapan Rakyat?

TULAR:
620

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa pihak Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) terlibat dalam penganjuran program Jualan Harapan Rakyat.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) menafikan sebarang penglibatan dalam program Jualan Harapan Rakyat yang telah berlangsung pada 10 Jun 2018.

Pihak MOA mengesahkan bahawa program tersebut dianjurkan oleh Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dan Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) untuk menyediakan barangan yang segar kepada rakyat Malaysia dengan harga yang berpatutan.

SUMBER:

Twitter Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

Facebook Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI