Kepimpinan Tertinggi PDRM Dirombak Secara Besar-Besaran Pada Julai 2018?

TULAR:
563
Sumber gambar : PDRM

PENJELASAN:

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat rombakan besar-besaran yang melibatkan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bakal dilaksanakan pada Julai 2018.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan media Menteri Dalam Negeri,  YB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin:

“Saya menafikan dakwaan rombakan besar-besaran yang melibatkan kepimpinan tertinggi PDRM bakal dibuat bulan hadapan sepertimana yang disiarkan di media massa.

Walau bagaimanapun, selari dengan dasar Kerajaan Pakatan Harapan yang mengutamakan tadbir urus yang baik, pihaknya sedang meneliti keperluan untuk mengadakan rombakan di PDRM untuk dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri.”

SUMBER:

Facebook Rasmi Kementerian Dalam Negeri

Berita Harian

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI