PDRM Keluarkan Kenyataan Berhubung Rampasan Jam Tangan Bernilai RM80 Juta Milik Bekas Pemimpin Negara?

TULAR:
275
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan kenyataan berhubung rampasan beberapa jam tangan bernilai RM80 juta yang dirampas dari kondominium yang dipercayai milik seorang bekas pemimpin negara.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan ada mengeluarkan kenyataan berhubung rampasan beberapa jam tangan bernilai RM80 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, beliau juga tidak mengesahkan sebarang nilai rampasan yang dibuat pihaknya dalam siri operasi mencari di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu negara.

“Saya tidak mahu komen dan untuk pengetahuan, saya tidak mengeluarkan kenyataan mahupun pengesahan seperti yang dilaporkan.”

SUMBER : 
Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI