Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Ditutup Buat Sementara Waktu?

TULAR:
1585

PENJELASAN :

Kementerian Pendidikan memperjelaskan mengenai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ditutup buat sementara waktu, sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar: Facebook.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ditutup sementara waktu atas faktor keselamatan berikutan dakwaan pencerobohan ke atas sistem berkenaan yang diterima.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya meneliti perkara itu dan mengambil langkah susulan segera.

Dr Maszlee berkata, laman web dan aplikasi lain berkaitan Kementerian Pendidikan bagaimanapun tidak terjejas dan beroperasi seperti biasa.

Untuk jangka panjang, katanya, pihaknya akan mengemas kini proses pengurusan projek dan pengurusan risiko semua projek kementerian bagi memastikan insiden seperti itu tidak lagi berulang.

SUMBER :

Kementerian Pendidikan Malaysia

Facebook Kementerian Pendidikan

Berita Harian

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI