PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat satu gambar mayat seorang wanita yang ditemui di Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu Sabah.
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM):
Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu ingin menafikan gambar yang tular di media sosial yang mendakwa mayat seorang wanita ditemui di Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Sehingga ke hari ini, tiada laporan polis yang diterima berkaitan penemuan mayat tersebut.
SUMBER:
Facebook Rasmi PDRM Kota Kinabalu Sabah