KDN Ada Mengeluarkan Kad Data Dokumentasi Warga Asing Yang Mempunyai Masalah Kerakyatan Di Sabah?

TULAR:
1369
Sumber gambar: Twitter KDN

PENJELASAN:

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperjelaskan persoalan berhubung pengeluaran kad data dokumentasi kepada warga asing oleh sebuah syarikat, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Dalam Negeri (KDN):

KDN ingin menjelaskan bahawa KDN tidak pernah melantik pihak Mega Management Consultancy Sdn. Bhd. bagi menjalankan pengumpulan data maklumat dokumentasi pekerja asing, warga asing atau mana-mana individu yang mempunyai masalah kerakyatan di Sabah. Kad yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut tidak memberi apa-apa keistimewaan kepada warga asing dan tidak sama sekali akan digunapakai dalam penentuan atau pemberian status kerakyatan oleh agensi Kerajaan. Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat bagi menafikan perkaitan KDN dalam kegiatan pengumpulan data dan pengeluaran kad dokumentasi ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi Kementerian Dalam Negeri (KDN)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI