Sekumpulan Penjenayah Beri Dadah Sebelum Rompak, Rogol Dan Bunuh Mangsa Di Kuala Terengganu?

TULAR:
1832
Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat sekumpulan penjenayah yang memberi sejenis ubat dadah sebelum merompak, rogol atau bunuh mangsa di sekitar Kuala Terengganu.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Polis menafikan wujudnya sekumpulan penjenayah yang menyuruh menghidu sejenis ubat dadah sebelum merompak, merogol atau membunuh mangsa.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan kejadian berhubung jenayah tular yang dikaitkan kononnya sedang aktif di negeri ini.

Beliau berkata, “Kami juga tidak pernah sesekali mengeluarkan satu notis peringatan khas kepada orang awam agar berhati-hati dengan jenayah tersebut.

“Pihak kami juga tidak pernah memaparkan tiga wajah suspek yang kononnya didakwa terlibat dalam jenayah berkenaan.

“Bagaimanapun sekiranya orang ramai ada mempunyai maklumat berkaitan, bolehlah sekiranya menyalurkan kepada kami untuk siasatan lanjut.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI