Lelaki Berpakaian Seragam JPJ Tahan Kenderaan Orang Awam Di LPT?

TULAR:
2066

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat seorang bekas kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang yang memakai pakaian seragam JPJ bertindak menahan kenderaan orang awam di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Kandungan mesej yang tular adalah seperti berikut:

“Hati2 muka ni… Amik duet org. Staff jpj phg kena buang keje.. Tp duk tahan org kat LPT”

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Kenyataan JPJ Negeri Pahang:

Susulan penularan gambar seorang lelaki berpakaian seragam JPJ di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT2) yang dikatakan bekas kakitangan JPJ Negeri Pahang yang bertindak menahan kenderaan di lebuh raya, JPJ Pahang menegaskan bahawa lelaki itu bukanlah kakitangan atau bekas kakitangan jabatan ini.

Laporan polis telah dibuat supaya siasatan dapat dilakukan ke atas individu yang menyamar dan individu yang bertanggungjawab dalam penyebaran kenyataan tidak benar mengenai perkara itu.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI