Menurut JTKSM, Mereka Yang Bekerja Antara Tahun 1990 Sehingga 2019 Berhak Mengeluarkan Dana Sebanyak RM8500?

TULAR:
864

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial satu laman sesawang yang menggunakan nama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) mendakwa kononnya mereka yang bekerja antara tahun 1990 sehinga 2019 berhak mengeluarkan dana sebanyak RM8500.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM):

Pihak Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) tiada kaitan dengan aktiviti pengeluaran dana melalui linkhttp://bit.ly/Gov-MY.

JTKSM tidak pernah mengiklankan perkara tersebut di dalam laman web utama mahupun mana-mana saluran pengiklanan sama ada media sosial, media cetak dan media elektronik. Link ini menyebabkan kekeliruan kepada pengguna dan mencalarkan imej pihak Jabatan disebabkan aktiviti yang tidak bertanggungjawab.

Untuk makluman, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) mendapati bahawa header & banner laman web JTKSM telah disalahgunakan atas nama kaji selidik. Perkara ini juga telah diadukan kepada Computer Emergency Response (CERT) untuk tindakan lanjut.

Sehubungan dengan itu, pihak JTKSM menasihatkan dan meminta pihak awam untuk tidak mempercayai maklumat-maklumat seperti ini dan mohon bertanya kepada pihak JTKSM untuk pengesahan. Sekiranya terdapat orang awam yang menjadi mangsa penipuan tersebut hendaklah membuat laporan polis dengan segera.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI