Menurut JKM, Mereka Yang Bekerja Antara Tahun 1980 Sehingga 2019 Berhak Mengeluarkan Wang Sebanyak RM9000?

TULAR:
1454

PALSU:

Tular di media sosial satu laman sesawang yang menggunakan nama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendakwa kononnya mereka yang bekerja antara tahun 1980 sehinga 2019 berhak mengeluarkan wang sebanyak RM9000 dari Kerajaan Malaysia. 

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM):

Maklumat palsu yang tular dengan menggunakan laman web palsu Jabatan Kebajikan Masyarakat berkaitan pemberian peruntukan oleh kerajaan kepada pekerja pada tahun 1980 sehingga 2019. Orang ramai dipohon untuk tidak menyebarkan maklumat palsu ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

Facebook Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI