Permohonan Bagi Jawatan Inspektor Dan Konstabel PDRM Dibuka?

TULAR:
3551
Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular di media sosial kononnya terdapat satu iklan pengambilan bagi permohonan jawatan Inspektor dan Konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dibuka sehingga 8 November 2019.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan sebaran maklumat palsu melalui laman Facebook dan aplikasi WhatsApp berhubung Eksesais Pengambilan Terbuka PDRM yang akan diadakan di semua formasi polis di seluruh negara.

Orang ramai boleh memohon jawatan-jawatan dalam PDRM secara terus melalui Sistem e-Pengambilan PDRM seperti di pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI