PENJELASAN :
Bahagian Hab Halal JAKIM memperjelaskan dakwaan bahawa mayonis McDonald’s mengandungi LM10 atau lemak khinzir seperti mana yang tular di media sosial.
Menurut Bahagian Hab Halal JAKIM, isu ramuan yang mengandungi lemak babi sebagaimana yang diviralkan tidak melibatkan McDonald’s Malaysia.
Selain itu, perlu diketahui juga bahawa pengurusan dan kawalan bahan mentah bagi setiap premis tersebut adalah berbeza mengikut negara.
Perlu diambil maklum bahawa McDonald’s Malaysia merupakan pemegang sijil Pengesahan Halal Malaysia.
SUMBER :
Facebook Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia