Caj Rawatan Hospital Kerajaan Meningkat 50%?

TULAR:
1581

PENJELASAN :

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan dakwaan bahawa mendakwa bahawa harga rawatan hospital kini telah meningkat 50% , iaitu separuh dari harga asalnya, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Sentiasa Panas.

Menurut KKM, mereka telah mengemaskini kadar caj bagi kemudahan rawatan pesakit warganegara berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) 1982 dan pengemaskinian caj tersebut hanya melibatkan pesakit Kelas 1 dan Kelas 2 sahaja, manakala bagi Kelas 3 tiada sebarang perubahan caj.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata isu itu sering ditimbulkan sedangkan kos yang naik hanya melibatkan perkhidmatan di wad kelas satu dan dua.

SUMBER :

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI