Guru-Guru Interim Di Sarawak Ditamatkan Perkhidmatan?

TULAR:
1244

PENJELASAN :

Pejabat Ketua Menteri Sarawak memperjelaskan laporan bahawa bahawa guru-guru interim di Sarawak telah ditamatkan perkhidmatan mereka sepertimana dilaporkan media.

Sumber gambar: Facebook

Pejabat Ketua Menteri Sarawak menjelaskan bahawa perkhidmatan guru-guru interim yang terlibat tidak akan dibatalkan, tetapi mereka dikehendaki untuk menghadiri satu lagi sesi temuduga dan hanya yang layak akan diterima untuk mengisi jawatan.

Semua jawatan guru interim di Sarawak akan dijawat oleh rakyat Sarawak sahaja dan tidak timbul isu menggantikan mereka dengan guru bukan dari Sarawak.

 

Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam satu kenyataan berkata, selepas berunding dengan Menteri Pendidikan, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg memutuskan serta memberi jaminan bahawa perkhidmatan guru interim yang terlibat tidak akan ditamatkan.

Bagaimanapun guru-guru ini dikehendaki menghadiri satu lagi temuduga dan mereka yang layak akan memenuhi jawatan berkenaan.

SUMBER :

Facebook Ketua Menteri Sarawak

Astro Awani

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI