PALSU:
Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, dakwaan kononnya mee jenama Azam menggunakan logo halal palsu.
Versi Terkini. Tular: Mac 2018
Versi Terdahulu. Tular: Februari 2017
SEBENARNYA:
Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Bahagian Hab Halal Jakim (JAKIM) telah melakukan pemeriksaan terhadap Syarikat Mee Azam Tekad yang beroperasi di Sungai Buloh pada 16 Januari 2016 atas kes penggunaan logo Halal yang tidak benarkan.
Pihak syarikat juga telah membuat permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia pada 7 Disember 2015 dan diurus oleh Bahagian Pengurusan Halal JAIS. Setelah proses penilaian dokumen; audit pematuhan telah dilaksanakan pada 14 Januari 2016. Panel Pengesahan Halal Selangor yang bersidang pada 21 Januari telah meluluskan permohonan syarikat berkuatkuasa mulai 1 Februari 2016.
Gambar kilang pemprosesan mee yang ditularkan tiada kaitan dengan cerita yang disertakan. Gambar tersebut adalah kilang mee hoon di luar negara dan tiada kaitan dengan syarikat tersebut.
Proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) mengambil kira setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga Teknologi makanan.
SUMBER:
Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM (1)
Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM (2)
Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM (3)