Penyalahgunaan Ubat Batuk Sebagai Salah Satu Bahan Penyediaan “Chakoroi”?

TULAR:
2089
Gambar hiasan . Sumber : KKM

PENJELASAN:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan laporan mengenai penyalahgunaan ubat batuk sebagai salah satu bahan penyediaan “chakoroi” yang merupakan campuran air ketum dan minuman berkarbonat, sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar: NSTP

KKM ingin menegaskan bahawa persediaan ubat batuk dalam apa jua bentuk serta yang mengandungi racun berjadual adalah dikawal di bawah Akta Racun 1952. Oleh yang demikian, penjualan ubat batuk tersebut hanya dibolehkan untuk tujuan perubatan. Penjualan ubat batuk tersebut juga hanya boleh dilakukan oleh pengamal perubatan dan ahli farmasi berlesen serta perlulah mematuhi peruntukan undang-undang di bawah Akta Racun 1952.

Untuk makluman, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis yang disyaki menjual ubat batuk bukan untuk tujuan perubatan di seluruh negara pada 22 Ogos 2017 berdasarkan aduan yang diterima. Hasil daripada pemeriksaan, sebanyak 100,480 botol ubat batuk telah dirampas untuk siasatan lanjut di bawah Akta Racun 1952.

SUMBER:

Laman Rasmi KP Kesihatan

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI