Penarikan Balik Produk Accuhaler Ventolin Dan Seretide Dari Pasaran ?

TULAR:
581
Sumber gambar : KKM

PENJELASAN:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan laporan penarikan balik produk Accuhaler Ventolin dan Seretide yang digunakan dalam rawatan pesakit asma di pasaran United Kingdom (UK) sepertimana yang dilaporkan oleh media.

asma
Sumber gambar: Astro Awani

KKM ingin menegaskan bahawa penarikan balik produk tersebut sama sekali tidak melibatkan pasaran di Malaysia. Sebaliknya, penarikan balik produk tersebut hanyalah untuk sebilangan kelompok yang berada dalam pasaran di UK sahaja. Semakan juga mendapati pada masa ini, hanya produk Accuhaler Seretide sahaja yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dengan nombor pendaftaran MAL20001532ARZ, manakala produk Accuhaler Ventolin tidak berdaftar dengan PBKD. Selain itu, produk Accuhaler Seretide di Malaysia adalah dikilangkan di Amerika Syarikat manakala produk yang terlibat dengan tarik balik di pasaran UK adalah kelompok produk yang dikilangkan di UK sendiDalam hal ini, KKM sekali lagi ingin menegaskan bahawa produk Accuhaler Seretide di pasaran Malaysia adalah selamat, berkualiti dan berkesan. Oleh yang demikian, pesakit asma yang telah dibekalkan dengan Accuhaler Seretide ini tidak perlu khuatir atau was-was untuk menggunakan produk tersebut.

SUMBER:

Laman Rasmi KP Kesihatan

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI