DBKL Tidak Jalankan Pemeriksaan Pokok-Pokok Di Jalan Ampang?

TULAR:
316

PENJELASAN:

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperjelaskan dakwaan bahawa DBKL tidak menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemeriksaan bagi pokok-pokok di sekitar Jalan Ampang berikutan insiden pokok yang tumbang di Jalan Ampang berhadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC), sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

DBKL menegaskan mereka menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemeriksaan seperti dijadualkan, namun insiden yang menyebabkan dua orang cedera parah itu adalah di luar jangkaan.

“Pokok tumbang tersebut merupakan dari spesis Hujan-Hujan yang berusia lebih 130 tahun dan berukur lilit 4.65 meter. Pokok-pokok di Jalan Ampang diselenggara mengikut jadual sebanyak dua kali setahun, iaitu pada 1 hingga 30 April dan 11 hingga 27 Disember, dan kerja-kerja penyelenggaraan terakhir melibatkan penebangan tiga batang pokok, 70 cantasan dan kerja-kerja ‘crown reduction’ terhadap 19 pokok.”

SUMBER:

MStar

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI