Kemalangan Yang Membabitkan Hidupan Liar Makin Meningkat Saban Tahun?

TULAR:
231

PENJELASAN:

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memperjelaskan kenyataan bahawa kemalangan yang membabitkan spesies hidupan liar yang makin meningkat saban tahun, sepertimana qyang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, sebanyak 2,444 kes kemalangan membabitkan 36 spesies hidupan liar telah direkodkan sepanjang tahun 2012 hingga 2017.

Justeru, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi mengurangkan insiden itu seperti pemasangan 280 papan tanda lintasan hidupan liar, ‘amber-light’ (24 unit) dan ‘transverse bar’ (37 set) di seluruh negara.

Selain itu katanya, terowong, jambatan dan lintasan hidupan liar turut dibina di kawasan khas (hotspot) kemalangan hidupan liar dan tempat-tempat terdapat projek-projek kerajaan yang memutuskan Central Forest Spine.

SUMBER:

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI