Bank-Bank Di Malaysia Sukar Luluskan Pinjaman Perumahan?

TULAR:
415

PENJELASAN :

Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) memperjelaskan dakwaan bahawa bank-bank ahlinya sukar untuk meluluskan pinjaman perumahan kepada pembeli rumah, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook

Menurut ABM, bank-bank ahlinya yang merangkumi bank-bank komersial yang beroperasi di Malaysia sentiasa menyokong untuk menyediakan pinjaman perumahan kepada pembeli rumah yang layak, termasuk pembeli rumah kali pertama serta segmen mampu milik.

Katanya lagi, ini dibuktikan oleh jumlah kelulusan pinjaman yang tinggi daripada bank-bank, laitu lebih RM161 bilion kepada lebih 375,000 peminjam pada 2017. Pembiayaan rumah juga, katanya, kekal diwujudkan dengan 71 peratus peminjam merupakan pemilik rumah mampu milik kali pertama dan kadar kelulusan pinjaman perumahan sebanyak 73 peratus.

ABM menegaskan bahawa ahlinya akan terus menyediakan pembiayaan kepada peminjam yang layak selain mematuhi garis panduan pembiayaan bagi mengurangkan risiko kewangan kepada bank dan peminjam.

SUMBER:

Persatuan Bank-Bank Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI