PALSU :
Tular di media sosial satu ‘pekeliling larangan’ dakwaan bahawa mengecas telefon bimbit di soket elektrik berdekatan panel bekalan oksigen adalah dilarang di hospital kerana gelombang dari telefon bimbit boleh menyebabkan kebakaran.
Sumber gambar : Facebook
SEBENARNYA :
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan mengecas telefon bimbit di soket elektrik berdekatan panel bekalan oksigen boleh menjadi punca kebakaran.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menyifatkan ‘pekeliling larangan’ yang menjadi tular itu adalah tidak logik sama sekali.
SUMBER :