Mentega Golden Churn Keluaran New Zealand Halal?

TULAR:
1248

PENJELASAN :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperjelaskan laporan bahawa mentega berjenama Golden Churn adalah tidak halal, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Berita Harian.

Menurut JAKIM, hasil perbincangannya dengan pelbagai agensi kerajaan lain pada 8 Ogos 2011, memutuskan bahawa Produk Pure Creamery Butter – Golden Churn Butter keluaran Syarikat Ballantyne Food PTY (NZ) yang dipasarkan di Malaysia, adalah tidak halal.

Keputusan dibuat berpandukan laporan analisis yang telah diterima oleh Jabatan Agama Islam Sarawak pada 19 Julai 2011 yang menunjukkan bahawa asid deoksiribonukleik (deoxyribonucleic acid – DNA) babi telah disahkan oleh JKM dikesan dalam produk berkenaan.

Kemaskini terakhir oleh pihak JAKIM pada 08 Februari 2016 adalah status produk berkenaan masih sama sepertimana pada tahun 2011.

SUMBER :

Laman Rasmi JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI