Warga Kerja Penjara Sungai Buloh Menggunakan Kekerasan Berlebihan Sehingga Menyebabkan Kecederaan Ke Atas 200 Banduan?

TULAR:
3601

PALSU:

Hangat diperkatan di media sosial bahawa warga kerja Penjara Sungai Buloh menggunakan kekerasan berlebihan sehingga menyebabkan kecederaan ke atas 200 banduan Blok Berkat.

Gambar hiasan.Sumber gambar : Rmoljakarta

SEBENARNYA:

Menurut Jabatan Penjara , dakwaan warga kerja Penjara Sungai Buloh menggunakan kekerasan berlebihan sehingga menyebabkan kecederaan ke atas 200 banduan Blok Berkat adalah tidak benar.

Ketua Seksyen Dasar, Bahagian Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara, Supri Hashim berkata, hanya empat banduan dan dua petugas mengalami cedera ringan dalam bentuk calar dan telah diberi rawatan di klinik penjara itu.

SUMBER : 

Utusan Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI