PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa Menteri Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin bin Haji Muhammad meletakkan jawatan.
SEBENARNYA :
Menurut kenyataan rasmi Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin :
“Merujuk kepada mesej yang sedang tular mengenai peletakan jawatan YB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin sebagai Ahli Parlimen Pagoh, saya ingin memaklumkan bahawa mesej tersebut adalah palsu.
Penyebaran berita palsu adalah satu kesalahan di bawah undang-undang negara dan tindakan tegas boleh diambil ke atas mereka yang melakukan kesalahan ini.”
SUMBER :
Laman Facebook Rasmi Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin