Waspada SMS Tawaran Kredit Percuma Kononnya Daripada Pihak MCMC

TULAR:
1066

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan SMS palsu kononnya daripada pihak MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) yang menawarkan kredit percuma RM100 untuk ditebus.

SMS Palsu:

“Free RM100 from MCMC Redeem Now”

Pautan URL di dalam SMS tersebut akan membawa kepada sebuah laman palsu yang meminta pengguna memasukkan butiran peribadi, serta butiran kad bank termasuk nombor CVV, yang boleh disalahguna pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan penipuan.

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak ada menawarkan sebarang kredit percuma RM100 untuk ditebus. Orang ramai diminta agar tidak terpedaya, serta mengabaikan dan memadam SMS berkenaan.

Orang ramai juga di ingatkan agar tidak sama sekali memberikan butiran peribadi, serta butiran kad bank termasuk nombor CVV di laman yang tertera.

Sebarang laporan dan aduan berhubung penerimaan SMS sedemikian boleh turut dimajukan kepada pihak MCMC di:

Talian Aduan : 1800 – 188 – 030
Faksimili : 03 – 8688 1000
Whatsapp: 016 – 2206 262
Emel: [email protected]
Laman Web: https://aduan.skmm.gov.my

SUMBER:

Facebook Rasmi Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI