Mesej Amaran Rompakan Berkumpulan Yang Menyamar Sebagai Pegawai Jabatan Dalam Negeri Untuk Semak ID Bagi PRU?

TULAR:
3566
Sumber gambar: Twitter KDN

PALSU:

Tersebar luas sebuah mesej amaran yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya terdapat rompakan kumpulan yang menggunakan modus operandi menyamar sebagai pegawai ‘Jabatan Dalam Negeri’ untuk menyemak ID bagi pilihan raya akan datang.

Versi Terkini. Tular: Januari 2020

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular : April 2018

Sumber gambar : WhatsApp

Versi Terdahulu. Tular: Mac 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Januari 2018

Sumber gambar : Whatsapp

SEBENARNYA:

Kementerian Dalam Negeri (KDN), menafikan mesej tular mengenai amaran rompakan kumpulan yang menggunakan modus operandi menyamar sebagai pegawai ‘Jabatan Dalam Negeri’ untuk menyemak ID bagi pilihanraya akan datang.

Mesej tular yang memberi amaran kepada rakyat Malaysia supaya berhati-hati dengan perompak yang menyamar sebagai pegawai ‘Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri’ sebenarnya adalah amaran yang dikeluarkan kepada warga Afrika Selatan. Kenyataan yang hampir sama telah dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Republik Afrika Selatan di laman webnya pada Oktober 2017. Jabatan ini telah memberi amaran kepada warga Afrika Selatan terhadap sekumpulan individu yang melawat rumah-rumah di Afrika Selatan, berpura-pura menjadi pegawai jabatan tersebut.

SUMBER:

Twitter Rasmi Kementerian Dalam Negeri

MStar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI