CEO Whatsapp Beri Amaran Tidak Menggunakan Gambar Peribadi Di Whatsapp?

TULAR:
3432

PALSU:

Tular di media sosial berkenaan mesej kononnya dari CEO Whatsapp yang memberi amaran supaya tidak menggunakan gambar peribadi di akaun Whatsapp kerana ada penggodam (hacker) yang boleh memperolehi nombor semua orang yang mempunyai akaun Whatsapp dan mereka pergunakan gambar profile menjadi benda yang tak baik.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Dari hasil penelitian dan semakan yang di buat, MCMC mendapati bahawa mesej yang tular tersebut adalah tidak benar.

Mesej tersebut didapati telah mula tular pada tahun 2016 di India dan telah dipetik dan menyatakan oleh akhbar di India bahawa mesej tersebut tidak benar (https://indianexpress.com/article/technology/social/removing-whatsapp-profile-pic-for-isis-scare-ignore-the-hoax-please/).

Ia disahkan oleh beberapa laman semak fakta seperti, ‘factcrescendo.com’ dan ‘hoax-slayer.net’. Mesej tersebut didapati diubah sedikit dari semasa ke semasa namun, kandungan mesej masih sama.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan mesej yang seumpamanya.

SUMBER:

Fact Crescendo

Hoax Slayer


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI