Waspada SMS Menang Wang Tunai Kononnya Daripada Pihak Boost

TULAR:
2512

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan satu SMS palsu kononnya pengguna telah memenangi wang tunai sebanyak RM8,888 daripada pihak Boost App.

Sumber gambar: WhatsApp

Dari hasil penelitian dan semakan yang dibuat, MCMC mendapati bahawa pautan URL di dalam SMS tersebut akan membawa kepada sebuah laman palsu yang meminta pengguna memasukkan butiran peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan serta butiran maklumat perbankan, yang boleh disalahguna pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan penipuan.

Pihak Boost juga telah mengingatkan orang ramai supaya mengabaikan sebararang kandungan yang berkait dengan pihak Boost atau pengumuman selain daripada saluran rasmi Boost sepertimana yang telah dimaklumkan oleh pihak Boost di laman sesawang rasminya seperti dipautan berikut, https://www.myboost.com.my/deals/safety-notice/

Pengguna juga diingatkan supaya tidak klik pada pautan yang meragukan atau lampiran, serta tidak sama sekali memberikan butiran peribadi kepada pihak yang kononnya menyamar sebagai wakil pihak Boost.


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI